NORHANIM BINTI ABDUL SAMAT
AKADEMI BAHASA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR


Dengan berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, saya telah mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pengajaran bahasa di universiti. Saya terlibat dengan pengajaran bahasa di peringkat sarjana muda dari tahun 1996 sehingga Oktober 2007, selain daripada terlibat dengan pengajaran bahasa program luar  di TLDM Lumut, dan Kulim High Tech. Minat yang mendalam dalam pengajaran telah menarik saya untuk menghasilkan kertas kerja seminar seperti “Multiple Intelligences and Second Language Learning: A Case Study”,  “Motivating Learners and Creating A Learning Environment Using MI Activities” dan “Promoting Literacy using MI Instructional Strategies”. Saya percaya sebagai tenaga pengajar akademik di UTM, saya perlu menyediakan ruang bagi pelajar saya untuk terlibat dalam pembelajaran secara aktif, kerana ini melibatkan pelajar mempunyai kuasa untuk berfikir dan berfungsi sepenuhnya dalam pembelajaran mereka.  Menyediakan ruang pembelajaran yang autentik serta kondusif dalam proses pembelajaran merupakan satu cabaran kepada saya kerana saya tidak mahu melahirkan pelajar yang hanya duduk nak menakul maklumat di kelas. Saya mahukan pelajar saya yang boleh bekerja dalam kumpulan, membuat analisis, berfikiran terbuka, kreatif serta kritis dalam pembelajaran mereka.

Saya  juga telah menyalurkan kepakaran saya dalam bidang pengajaran bahasa untuk staf universiti ini. Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Unit, Unit Perundingan dan Pekhidmatan Bahasa, saya telah mencadangkan dan menjalanka beberapa program bahasa untuk staf sesuai dengan kehendak universiti untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada staf nya menguasai bahasa tersebut. Antara kursus-kursus yang telah berjaya dijalankan adalah kursus “Telephone Skills for Operators”, kursus “English Skills for Drivers”, ‘English Skills for Security Officers”, Office Practices for Support Staff”, “Public Speaking” for Officers dan banyak kursus lagi. Semasa memegang jawatan tersebutlah saya banyak berurusan dengan pihak Unit Latihan, Pembangunan Sumber Manusia UTM untuk merangka kursus-kursus Bahasa Inggeris supaya dapat menarik minat staf dalam menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Selain daripada berkhidmat untuk universiti, saya juga terlibat dengan pengajaran program TESL di Fakulti Pendidikan. Antara kursus-kursus yang diajar oleh saya adalah Kursus Introduction to Literature, Drama in Education dan Microteaching. Saya juga terlibat dengan penyeliaan pelajar-pelajar TESL yang menjalankan latihan mengajar di kawasan Johor ini.

            Pengkhususan dalam TESL dan Literature memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan sesuatu yang mustahil. Dengan minat dan kepakaran yang ada, saya merupakan orang yang terulung di universiti ini yang telah berjaya mementaskan teater bahasa Inggeris di Dewan Sultan Iskandar selama 3 tahun berturut-turut. Pementasan muzikal “Olivia Twist”, pementasan teater Shakespeare “Of Love, Power and Betrayal” dan pementasan teater kanak-kanak “the Enchanted Forest” telah berjaya menanam cintakan seni dan budaya dalam warga kampus juga pelajar-pelajar sekolah daerah Johor Bahru selain daripada memberi kepuasan dalam diri saya untuk memperkenalkan seni teater Inggeris dalam komuniti ini. Kepakaran saya dalam bidang drama ini juga dapat dilihat melalui pembentangan kertas kerja di seminar dalam bidang ini.  Antaranya adalah kertas kerja yang bertajuk, “Developing Multiple Intelligences in the Drama Classroom” yang dibentangkan di 2ND ELT Regional Seminar 2001 dan “Creative Drama: Bringing Out the Creativity in You” yang di bentangkan di MELTA 2004 Conference on Oracy.

Selain daripada kepakaran yang disebut di atas, saya juga telah  menyumbang kepakaran saya dalam memeriksa peperiksaan awam peringkat kebangsaan di mana saya dilantik sebagai Pemeriksa Matrikulasi Kertas Bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan Malaysia(sebanyak 8 kali)  dan juga pemeriksa Malaysian University English Test, Majlis Peperiksaan Malaysia (sebanyak 6 kali).

Kemampuan saya bukan sahaja dalam pengendalian program bahasa Inggeris, tetapi juga melalui Unit Perundingan dan Perkhidmatan Bahasa, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.  UTM telah memperkenalkan program bahasa asing sebagai matapelajaran elektif. Justeru itu, ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengembangkan lagi unit ini. Sebagai Ketua Unit UPPB, saya telah memperkenalkan program-program Bahasa Asing bagi membantu pelajar universiti ini menguasai bahasa lain selain daripada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Penglibatan saya dilihat melalui usaha saya untuk mendapatkan guru-guru pakar dan berkemahiran dalam mengajar kursus-kursus bahasa asing ini.  Selama 4 tahun iaitu dari tahun 2000 hingga 2004 menerajui unit ini, saya telah berrjaya meningkatkan dana dalam tabung UPPB 79104 sebanyak 10 kali ganda iaitu dari RM8000.00 kepada RM80,000.00. Itu merupakan promosi dan publisiti yang baik terhadap program pembelajaran bahasa asing di universiti ini.

Kepakaran saya bukan sahaja dilihat dari aspek pengajaran bahasa, pendidikan, pengajaran drama, latihan perguruan, perancangan program bahasa, tetapi minat yang mendalam untuk mendekatkan diri saya dengan pelajar dapat dinilai melalui penglibatan saya melalui aktiviti pelajar. Pada tahun 1997, saya telah dilantik sebagai Felo kolej pelajar selama 7 tahun dan kemudian dari tahun 2003 hingga 2007, saya telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Pengetua Kolej kediaman pelajar sebelum saya ditamatkan lantikan tersebut atas sebab melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Penglibatan saya dengan aktiviti pelajar adalah sangat aktif dan telah berjaya menganjurkan program besar peringkat universiti seperti Pesta Konvokesyen dan Sukan Antara Kolej Mahasiswa.  

            Dari November 2007, saya sudah mendaftarkan diri sebagai pelajar PhD. Saya sedangkan melanjutkan pengajian Phd saya di University of Waikato, Hamilton, New Zealand. Dengan berbantukan 2 orang pakar, saya sedang menjalankan kajian menilai dan melakanakan program kemahiran komunikasi lisan pelajar melalui proses drama. Proses drama merupakan satu bidang baru dalam genre drama dan keberkesanan nya belum pernah dinilai di dalam negara ini mahupun di Asia Tenggara. Saya berharap dapatan dari kajian saya akan dapat menyumbang kearah keberkesanan pengajaran bahasa secara umumnya.